Bahan-bahan
Satu kotak besar Cornflakes
1/2 coklat masak (brand tulip)
75 gram mentega
Rainbow rice/drops
Langkah-langkah
1. Hancurkan cornflakes. Jangan terlalu hancur sehingga menjadi powder.
2. Cairkan coklat bersama mentega. Mentega digunakan sebagai pengilat coklat.
3. Gaulkan kedua-dua bahan.
4. Dengan segera, letakkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas.
5. Taburkan rainbow rice sebagai hiasan.
6. Tunggu sehingga coklat menjadi keras sebelum simpan di dalam taperware.
(kalau hendak cepat, masukkan dalam peti sejuk)
Komen:
Terima kasih kat Baba kerana menolong Mama membuat cornflakes cups ni. Sebenarnya, nenek yang 'hint' 'hint' kat Mama. Dia kata Nenek Nor beritahunya yang cornflakes cups ini yang paling senang dibuat. Memang betul pun kata Nenek Nor. Cuma, kita perlu cepat-cepat buat. Kalau tidak, coklat cepat mengeras sebelum masuk ke dalam mangkuk. Mama sempat makan secawan dua. Alia pula asyik minta nak makan rainbow rice tu. Kalau tak kasi, mengamuk lak Alia. Mama buat ni tiga kali adunan. Yang terakhir, baba yang buat. Baba cairkan coklat dalam periuk dan masukkan cornflakes terus dalam periuk tu. Mama pula tuang coklat dalam mangkuk yang diisi cornflakes. Baba kata cara baba lagi senang. Hehe. Berapa lama mama dan baba buat ni? Tak sampai setengah jam pun. Simple, Fast and Delicious.