skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • Cari Makan

Dapur Untuk Alia

Rendang Tok

Monday, December 31, 2012 | Publish by NasNina21

Rendang Tok ni modified sikit mengikut selera Cef di rumah. :)




Bahan-bahan
1kg daging lembu yang di potong sederhana
1 paket kerisik
5 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai diketuk-ketuk
2 helai daun kunyit
600ml santan (campurkan sedikit air jika santan terlalu pekat)
1 buku gula melaka
2 asam keping
minyak masak
gula dan garam secukup rasa...

Bahan dikisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
1 sudu kecil belacan
2 bunga lawang
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
4 bunga cengkih
2 sudu besar biji ketumbar


Langkah-langkah
1. Gunakan kuali yang agak besar.
2. Masukkan minyak. Biarkan panas dahulu.
3. Tumiskan kesemua bahan-bahan yang dikisar bersama cili kering, serai yang diketuk dan daun kunyit.
4. Selang beberapa minit, masukkan daging dan gaul. Biarkan dalam 3 minit.
5. Masukkan 3/4 santan dan gula melaka. Masak dengan api yang perlahan sambil dikacau2kan selalu sehingga kuah menjadi pekat sedikit atau daging itu empuk.
6. Masukkan kerisik dan lebihan santan. Masak sambil dikacau2kan selalu sehingga menjadi pekat atau seperti yang diinginkan.
7. Hidang ketika panas.

Labels: daging 0 comments
0 Responses

Older Post »
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Secubit gula, Seindah rasa

Kegemaran Baba ialah memasak. Kegemaran Mama ialah makan apa yang Baba masak. Kegemaran Alia main masak-masak, makan apa yang dimasak dan kadangkala gemar melihat Appa (Tok) masak. Pantang kalau sesiapa pergi ke dapur. Alia tetap akan ikut serta. Buat masa ini, kegemaran Alia bermain dengan bawang dan kentang, dan membuat aksi Alia sedang memasak.

Lelaman ini dikhaskan untuk mengumpul resepi-resepi yang dicuba. Resepi-resepi di antaranya yang diambil dari lelaman internet dan diubah semula jika ingin menambah kelazatannya, dan ada yang hasil dari masakan Mak Tok (ibu Mama), Appa (ayah Mama) dan Nenek (ibu Baba). Hendak juga kami meminta resepi dari pakar2 masak kami di luar sana (pakcik dan makcik2 kami semua)..

InsyaAllah, jika kami mempunyai masa terluang dan dapat cuba memasak makanan-makanan yang lazat, akan kami kongsi resepi-resepinya di sini.

Jika sesiapa yang telah mencuba resepi yang kami letak di sini dan dapati ia tidaklah selazat seperti yang disangkakan, maafkan kami. Kerana niat kami bukan mengajar orang memasak (kami akur, kami baru sahaja mula masuk ke dapur), hanya kami ingin mengongsi kelazatan masakan yang kami cuba ini bersama anak kami dan saudara mara serta rakan-rakan kami, di mana sahaja mereka berada.
Dapur Untuk Alia™. Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ▼  2012 (1)
    • ▼  December (1)
      • Rendang Tok
  • ►  2011 (8)
    • ►  August (8)

Labels

  • ayam (1)
  • biskut (3)
  • cendawan (1)
  • chocolate (2)
  • daging (3)
  • goreng (3)
  • indian (2)
  • keju (1)
  • melayu (2)
  • resepi (7)
  • ringan (1)
  • sambal (1)
  • sup (1)
  • tulang (1)
  • udang (1)
  • western (1)

Followers

Total Pageviews

Copyright (c) 2010 Dapur Untuk Alia. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.