skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • Cari Makan

Dapur Untuk Alia

Sup Tulang Merah

Sunday, August 21, 2011 | Publish by NasNina21

y
Bahan utama : 1 kg tulang - cuci bersih

Bahan-bahan (A)
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan kasar
3/4 sudu besar jintan halus
1/2 sudu besar lada hitam/putih 

Bahan-bahan (B)
3 helai daun pandan
1 batang serai
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 ibu jari halia (diketuk)

Bahan-bahan (C)
10-15 biji cili kering
10 ulas bawang merah/kecik
5 ulas bawang putih
1 hiris halia

Bahan-bahan (D)
1 botol tomato sos
2 sudu besar kicap manis
1-2 biji bawang besar  (dipotong bulat)
2-3 biji cili hijau (dihiris)
kobis, lobak, kentang (dipotong)

Bahan-bahan (E)
2 biji telor (dikocok dan diletak garam sedikit)
daun sop
daun bawang
daun ketumbar
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kacang peas

Langkah-langkah:
1. Sangar dan kisar bahan (A)
2. Letakkan bahan (A), bahan (B) dan tulang ke dalam pressure cooker.
3. Rebus selama 1 1/2 - 2 jam, tergantung pada pressure cooker sendiri.
4. Kisar bahan (C) dan tumis hingga garing. Ketepikan.
5. Sediakan periuk besar dan tuangkan seluruh rebusan tulang ke dalam periuk itu.
6. Daun pandan yang layu itu boleh dibuang.
7. Masukkan bahan (C) yang telah ditumis dan lobak ke dalam periuk itu. Api biar sederhana.
8. Gaul tulang dan bahan (C) sehingga rata.
9. Masukkan bahan (D), gula dan garam secukup rasa. Gaul rata. Masak hingga sayur empuk.
10. Masukkan 1/2  bahagian daun-daun dan 1/2 bawang goreng. Gaul rata.
11. Tuangkan telur ke atas tulang. Tutup periuk dan biarkan sehingga telur mula pekat.
12. Ketika menghidang, tabur kacang peas, lebihan daun dan bawang goreng.

Rempah-rempah yang disangar boleh digantikan dengan rempah setak yang sedia dijual.


Komen:
Baba tidak takut untuk membuat percubaannya bagi lauk ini. Bukan 1 kilo, bukan 2 kilo, tetapi percubaannya terhadap 7 kilo tulang, untuk dijamu kepada rakan-rakan. Waduh!  Percubaan kedua baba pula hanyalah 3 kilo untuk dijamu ahli keluarga dan percubaan terakhir ialah untuk jamuan saudara mara sempena iftar di salah sebuah rumah makcik. :) Alhamdullillah, good comments semuanya. Buka warong sup tulang? oh tidak. Jauh sekali harapan itu. Sememangnya sup tulang ini tidaklah sehebat sup tulang merah di Beach Road, Singapore. Tetapi yang pasti, sup tulang ini sememangnya lazat... Yumyum... Baba, kami nak lagi boleh?  Kepada penggemar sup tulang, jangan makan selalu. Jaga had kolesterol anda. :)


Labels: daging, indian, resepi, sup, tulang 0 comments
0 Responses

« Newer Post Older Post »
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Secubit gula, Seindah rasa

Kegemaran Baba ialah memasak. Kegemaran Mama ialah makan apa yang Baba masak. Kegemaran Alia main masak-masak, makan apa yang dimasak dan kadangkala gemar melihat Appa (Tok) masak. Pantang kalau sesiapa pergi ke dapur. Alia tetap akan ikut serta. Buat masa ini, kegemaran Alia bermain dengan bawang dan kentang, dan membuat aksi Alia sedang memasak.

Lelaman ini dikhaskan untuk mengumpul resepi-resepi yang dicuba. Resepi-resepi di antaranya yang diambil dari lelaman internet dan diubah semula jika ingin menambah kelazatannya, dan ada yang hasil dari masakan Mak Tok (ibu Mama), Appa (ayah Mama) dan Nenek (ibu Baba). Hendak juga kami meminta resepi dari pakar2 masak kami di luar sana (pakcik dan makcik2 kami semua)..

InsyaAllah, jika kami mempunyai masa terluang dan dapat cuba memasak makanan-makanan yang lazat, akan kami kongsi resepi-resepinya di sini.

Jika sesiapa yang telah mencuba resepi yang kami letak di sini dan dapati ia tidaklah selazat seperti yang disangkakan, maafkan kami. Kerana niat kami bukan mengajar orang memasak (kami akur, kami baru sahaja mula masuk ke dapur), hanya kami ingin mengongsi kelazatan masakan yang kami cuba ini bersama anak kami dan saudara mara serta rakan-rakan kami, di mana sahaja mereka berada.
Dapur Untuk Alia™. Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ►  2012 (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2011 (8)
    • ▼  August (8)
      • Biskut Keju
      • Chocolate Cornflakes
      • Hawaiian Cookies
      • Cendawan Goreng Tepung
      • Sambal Goreng Pengantin
      • Ayam Goreng Mamak
      • Sup Tulang Merah
      • Hanya untuk Mu

Labels

  • ayam (1)
  • biskut (3)
  • cendawan (1)
  • chocolate (2)
  • daging (3)
  • goreng (3)
  • indian (2)
  • keju (1)
  • melayu (2)
  • resepi (7)
  • ringan (1)
  • sambal (1)
  • sup (1)
  • tulang (1)
  • udang (1)
  • western (1)

Followers

Total Pageviews

Copyright (c) 2010 Dapur Untuk Alia. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.