skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • Cari Makan

Dapur Untuk Alia

Rendang Tok

Monday, December 31, 2012 | Publish by NasNina21

Rendang Tok ni modified sikit mengikut selera Cef di rumah. :)




Bahan-bahan
1kg daging lembu yang di potong sederhana
1 paket kerisik
5 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai diketuk-ketuk
2 helai daun kunyit
600ml santan (campurkan sedikit air jika santan terlalu pekat)
1 buku gula melaka
2 asam keping
minyak masak
gula dan garam secukup rasa...

Bahan dikisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
1 sudu kecil belacan
2 bunga lawang
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
4 bunga cengkih
2 sudu besar biji ketumbar


Langkah-langkah
1. Gunakan kuali yang agak besar.
2. Masukkan minyak. Biarkan panas dahulu.
3. Tumiskan kesemua bahan-bahan yang dikisar bersama cili kering, serai yang diketuk dan daun kunyit.
4. Selang beberapa minit, masukkan daging dan gaul. Biarkan dalam 3 minit.
5. Masukkan 3/4 santan dan gula melaka. Masak dengan api yang perlahan sambil dikacau2kan selalu sehingga kuah menjadi pekat sedikit atau daging itu empuk.
6. Masukkan kerisik dan lebihan santan. Masak sambil dikacau2kan selalu sehingga menjadi pekat atau seperti yang diinginkan.
7. Hidang ketika panas.

Labels: daging 0 comments

Biskut Keju

Tuesday, August 23, 2011 | Publish by NasNina21



Bahan-bahan (A)
500 gram marjerin
2 sudu teh garam

Bahan-bahan (B)
200 gram keju Chedar (diparut)
4 biji kuning telur
1 biji putih telur

Bahan-bahan (C)
700 gram tepung gandum
50 gram parutan keju Chedar untuk ditabur


Langkah-langkah:
1. Kacau bahan (A) sehingga sebati dalam mixer.
2. Masukkan bahan (B) yang telah dipukul sedikit dengan garfu. Mix sedikit.
3. Masukkan tepung.
4. Gaul sampai menjadi doh.
5. Terap mengikut corak pilihan sendiri dan tabur chedar di atasnya.
6. Bakar selama 18min di dalam ketuhar 180C.


Komen:
Seronok kalau buat bersama-sama Baba. Pada mulanya Baba pilih terap yang bercorak epal. Mahu beza dari yang lain. Tetapi terlalu kecil, lalu Mama gunakan terap bunga. Cantik sangat. Babalah yang rajin membubuh keju di tengah-tengah corak bunga itu. Tu sebabnya, biskut keju ni kelihatan seperti bunga.
Seperti biasa, Baba ada sahaja nak test test.

Selain dari keju, Baba cuba letak chocolate chips di tengah bunga.




Sedap gak. Manis manis masin. :) Yang pasti, biskut keju ni kegemaran Mama.. sebab Mama suka CHEEEESEEEEEE. :))

Labels: biskut, keju, resepi 0 comments

Chocolate Cornflakes

Tuesday, August 23, 2011 | Publish by NasNina21



Bahan-bahan

Satu kotak besar Cornflakes
1/2 coklat masak (brand tulip)
75 gram mentega
Rainbow rice/drops

Langkah-langkah

1. Hancurkan cornflakes. Jangan terlalu hancur sehingga menjadi powder.
2. Cairkan coklat bersama mentega. Mentega digunakan sebagai pengilat coklat.
3. Gaulkan kedua-dua bahan.
4. Dengan segera, letakkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas.
5. Taburkan rainbow rice sebagai hiasan.
6. Tunggu sehingga coklat menjadi keras sebelum simpan di dalam taperware.
(kalau hendak cepat, masukkan dalam peti sejuk)

Komen:
Terima kasih kat Baba kerana menolong Mama membuat cornflakes cups ni. Sebenarnya, nenek yang 'hint' 'hint' kat Mama. Dia kata Nenek Nor beritahunya yang cornflakes cups ini yang paling senang dibuat. Memang betul pun kata Nenek Nor. Cuma, kita perlu cepat-cepat buat. Kalau tidak, coklat cepat mengeras sebelum masuk ke dalam mangkuk. Mama sempat makan secawan dua. Alia pula asyik minta nak makan rainbow rice tu. Kalau tak kasi, mengamuk lak Alia.  Mama buat ni tiga kali adunan. Yang terakhir, baba yang buat. Baba cairkan coklat dalam periuk dan masukkan cornflakes terus dalam periuk tu. Mama pula tuang coklat dalam mangkuk yang diisi cornflakes. Baba kata cara baba lagi senang. Hehe. Berapa lama mama dan baba buat ni? Tak sampai setengah jam pun. Simple, Fast and Delicious.

Labels: biskut, chocolate, resepi 0 comments

Hawaiian Cookies

Tuesday, August 23, 2011 | Publish by NasNina21





Bahan-bahan (A)
250 gram mentega
400 gram gula halus
400 gram gula perang

Bahan-bahan (B)
2 sudu teh esen vanila
4 biji telur

Bahan-bahan (C)
500 gram tepung gandum
450 gram oats ( hanya dikisar selepas ditimbang )
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam

Bahan-bahan (D)
3 cawan kacang cincang
500 gram coklat cadbury ( diparut)
Chocolate chips (ikut selera)


Langkah-langkah:
1. Pukul bahan (A).
2. Masukkan bahan (B). Pukul sederhana.
3. Masukkan bahan (C). Pukul sederhana.
4. Kemudian masukkan bahan (D). Pukul sehingga rata.
5. Buat bebola kecil pada adunan tadi.
6. Letakkan setiap bebola sejauh 2 inchi antara satu sama lain.
7. Bakar sehingga perang.



Komen:
Inilah biskut yang pertama sekali Baba buat untuk Hari Raya tahun ini. Boleh tahan juga. Mama suka rasa oats nya.

Labels: biskut, chocolate, resepi 0 comments

Cendawan Goreng Tepung

Monday, August 22, 2011 | Publish by NasNina21


Bahan Utama: 300 gram cendawan (disiat)

Bahan-bahan (A)
2 biji telur
1/2 sudu makan rempah kari daging

Bahan-bahan (B)
200 gram tepung jagung
100 gram tepung serba guna

Minyak Masak

Langkah-langkah
1. Kocok bahan (A) di dalam sebuah mangkuk.
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan bahan (B)
3. Ambil cendawan, celup dalam bahan (A) dan salutkan dengan bahan (B).
4. Goreng hingga garing.


Komen:
Yang ini kegemaran mama. Setiap kali kalau lapar, mama suka makan cendawan goreng ini. Baba dan Alia pun suka. Alia akan memegang cendawan goreng ini dengan kedua-dua tangan Alia ketika memakannya. Tetapi seperti biasa, kita tak boleh makan makanan bergoreng selalu tau.

Labels: cendawan, goreng, melayu, resepi, ringan, western 0 comments

Sambal Goreng Pengantin

Monday, August 22, 2011 | Publish by NasNina21



Bahan Utama:
500 gram daging (rebus, potong kecil, goreng sederhana)
300 gram paru (rebus, potong kecil, goreng sederhana)
300 gram lembu (rebus, potong kecil, goreng sederhana)
300 gram udang (yang digoreng sedikit)

Bahan-bahan (A)
15 - 20 tangkai cili kering
2 batang serai
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
1/2 inci lengkuas

Bahan-bahan (B)
5 batang cili merah
2 batang cili hijau
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Bahan-bahan (C)
sedikit air asam
200 ml  santan pekat (dicampur 200ml air)
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1/2 cawan bawang goreng

Langkah-langkah
1. Kisar bahan (A).
2. Hiris bahan (B)
3. Tumis bahan (A) dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
4. Tumis hingga garing.
5. Masukkan bahan (B). Gaul rata.
6. Masukkan bahan utama yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
7. Masukkan sedikit santan, air asam dan garam.
8. Gaul dan biarkan mendidih.
9. Masukkan lebihan santan.
9. Kacau hingga lauk menjadi pekat, atau ikut selera masing-masing.
10. Bubuh garam secukup rasa.

Rasanya - lemak manis, sedikit pedas dan sedikit masam. Boleh diletakkan cili padi.


Komen:
Baba suka makan sambal goreng pengantin. Masa cuba memasaknya, baba tidak meletakkan hati sebab baba tak suka (walaupun mama suka... ish ish)...Baba menggunakan daging tetelan yang sesuai dimasak kuah rawon. Tak pernah orang masak gunakan tetelan. Biasalah, baba kan suka testing testing. Tapikan, sedap juga letak tetelan. Cuma yang pasti, kena rebus semua bahan-bahan utama tu dengan betul. Biar sampai lembut, dan apabila menggoreng tu, lebih sedikit daripada sederhana. Nenek kata kalau garing sikit lebih sedap. Tidak mengapa. Biasalah ini hanyalah percubaan pertama. Selalunya kalau kita masak dua tiga kali benda yang sama, kita sudah tahu bahan mana yang perlu dilebihkan dan yang mana perlu dikurangkan. Mama suka sambal goreng pengantin ni. Mama rasa, mama nak suruh baba masak lauk ni masa hari raya nanti. :) Gambar diatas belum lengkap lagi. Terlupa ambil gambar apabila masakan dan siap. Insyaallah, kalau masak sekali lagi, mama petik gambar yang baru.

Labels: daging, goreng, melayu, resepi, sambal, udang 0 comments

Ayam Goreng Mamak

Sunday, August 21, 2011 | Publish by NasNina21



Bahan Utama: 1 ekor ayam

Bahan-bahan (A)
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 biji cili kering
2 sudu rempah kari
1 biji telur

Bahan-bahan (B)
1 sudu besar serbuk kari
6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar tepung beras
3 tangkai daun kari
garam secukup rasa

Langkah-langkah:
1. Kisar bahan (A).
2. Perap ayam dengan bahan (A) dan bahan (B) selama 1 -2 jam.
3. Panaskan minyak dan goreng selepas perap dengan sempurna.
4. Hidang ketika panas.

Komen:
Yang ini kegemaran mama. Mama suka ayam goreng mamak. Lazat. Harum bau kari menambah kelazatan ayam goreng. Tetapi takleh makan selalu, tau.

Labels: ayam, goreng, indian, resepi 0 comments
Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)

Secubit gula, Seindah rasa

Kegemaran Baba ialah memasak. Kegemaran Mama ialah makan apa yang Baba masak. Kegemaran Alia main masak-masak, makan apa yang dimasak dan kadangkala gemar melihat Appa (Tok) masak. Pantang kalau sesiapa pergi ke dapur. Alia tetap akan ikut serta. Buat masa ini, kegemaran Alia bermain dengan bawang dan kentang, dan membuat aksi Alia sedang memasak.

Lelaman ini dikhaskan untuk mengumpul resepi-resepi yang dicuba. Resepi-resepi di antaranya yang diambil dari lelaman internet dan diubah semula jika ingin menambah kelazatannya, dan ada yang hasil dari masakan Mak Tok (ibu Mama), Appa (ayah Mama) dan Nenek (ibu Baba). Hendak juga kami meminta resepi dari pakar2 masak kami di luar sana (pakcik dan makcik2 kami semua)..

InsyaAllah, jika kami mempunyai masa terluang dan dapat cuba memasak makanan-makanan yang lazat, akan kami kongsi resepi-resepinya di sini.

Jika sesiapa yang telah mencuba resepi yang kami letak di sini dan dapati ia tidaklah selazat seperti yang disangkakan, maafkan kami. Kerana niat kami bukan mengajar orang memasak (kami akur, kami baru sahaja mula masuk ke dapur), hanya kami ingin mengongsi kelazatan masakan yang kami cuba ini bersama anak kami dan saudara mara serta rakan-rakan kami, di mana sahaja mereka berada.
Dapur Untuk Alia™. Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ▼  2012 (1)
    • ▼  December (1)
      • Rendang Tok
  • ►  2011 (8)
    • ►  August (8)

Labels

  • ayam (1)
  • biskut (3)
  • cendawan (1)
  • chocolate (2)
  • daging (3)
  • goreng (3)
  • indian (2)
  • keju (1)
  • melayu (2)
  • resepi (7)
  • ringan (1)
  • sambal (1)
  • sup (1)
  • tulang (1)
  • udang (1)
  • western (1)

Followers

Total Pageviews

Copyright (c) 2010 Dapur Untuk Alia. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.